GAZA, 2 Mei – Sekurang-kurangnya 20 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Jumaat.
Pegawai pertahanan awam, Mohammed al-Mughayyir, memaklumkan sembilan maut dalam serangan ke atas sebuah rumah di kem Bureij, tengah Gaza.
Serangan terbaharu itu berlaku selepas Israel menyambung operasi ketenteraan pada 18 Mac lalu susulan kegagalan gencatan senjata yang bermula 19 Januari.
Kementerian Kesihatan Gaza menganggarkan lebih 2,300 terkorban sejak serangan disambung semula, menjadikan jumlah keseluruhan korban sejak perang bermula mencecah 52,418 orang.-AFP