PORTUGAL, 4 Ogos - Lebih 2,700 anggota bomba dikerahkan bagi mengawal sepuluh kebakaran aktif di seluruh kawasan utara Portugal.
Ratusan anggota bomba dan penduduk tempatan bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan yang sedang marak ketika negara itu berdepan gelombang haba yang semakin membimbangkan.
Di wilayah Vila Real, helikopter pengebom air digerakkan tanpa henti.
Manakala pasukan penyelamat turut membantu memindahkan penduduk dan menyelamatkan haiwan yang terperangkap.
Kebakaran hutan tebal dilaporkan berpunca daripada cuaca panas melampau dan keadaan kering berpanjangan.
Selain itu, tiupan angin kencang yang berubah arah memburukkan lagi cuaca di negara itu.
Beberapa kampung diisytiharkan amaran merah tahap paling tinggi dan terpaksa dikosongkan sehingga Khamis.
Kawasan terjejas melibatkan empat wilayah termasuk Porto, Braga, Viana do Castelo dan Vila Real - VIORY