SYDNEY, 4 Ogos - Lebih 90,000 penunjuk perasaan pro-Palestin memenuhi Jambatan Pelabuhan Sydney pada Ahad, bagi membantah kekejaman Israel di Gaza.
Peserta turut mendesak Australia menghentikan sokongan ketenteraan tidak langsung kepada rejim Zionis.
Perarakan diteruskan walaupun polis cuba mengharamkannya, namun ditolak mahkamah.
Peserta membawa bendera Palestin dan kain rentang sambil melaungkan slogan solidariti.
Sementara itu di Melbourne, polis antirusuhan menghalang cubaan peserta menyekat Jambatan Kings Street.
Di Gaza, enam lagi maut akibat kebuluran, menjadikan angka korban mencecah 175 termasuk 93 kanak-kanak.
Laporan PBB minggu lalu turut mendedahkan ratusan mangsa turut terbunuh berhampiran kemudahan bantuan dikendalikan Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF).
Namun agensi itu menafikan tuduhan terbabit dan mendakwa hanya melepaskan ‘tembakan amaran’. - VIORY