BEIRUT, 23 September – Sekurang-kurangnya 182 orang terbunuh manakala 727 lagi cedera dalam serangan udara Israel hari ini yang menyasarkan ratusan lokasi milik Hizbullah di Lubnan.
Menurut pihak berkuasa kesihatan Lubnan, mereka yang terkorban adalah wanita, kanak-kanak dan petugas perubatan.
Serangan itu menjadikan sebagai hari yang paling berdarah dalam hampir setahun konflik antara Israel dan Hizbullah
Tentera rejim zionist Israel menerusi platform X menyatakan mereka menyasarkan serangan lebih 300 lokasi Hizbullah setakat ini.
Sebelum itu, Israel memberi amaran bahawa akan melancarkan serangan udara ke atas rumah-rumah di Lubnan yang menyembunyikan senjata.
Reuters tidak dapat mengesahkan secara bebas dakwaan Israel bahawa Hezbollah menyimpan senjata di rumah mahupun kampung.
Setelah hampir setahun konflik Israel dengan Hamas di sempadan selatan Gaza, Israel kini memberi tumpuan ke sempadan utara.
Pada Isnin, tentera Israel menyasarkan Hezbollah di selatan Lubnan, lembah Bekaa di timur, dan kawasan utara berhampiran Syria. - AFP