fb fb fb fb fb

178 orang awam terbunuh sejak Israel lancar semula serangan di Gaza

Israel dan pejuang Hamas saling berbalas tembakan roket sejurus selepas pemberhentian sementara perang tamat semalam/ REUTERS

GAZA, 2 Disember- Sejumlah 178 orang awam, termasuk kanak-kanak dan wanita terbunuh dan 289 yang lain cedera sejak tentera pencereboh Israel melancarkan semula serangan di Semenanjung Gaza pada pagi Jumaat.

Hospital Kamal Adwan di bandar utara Beit Lahia menerima lebih 54 mayat, lapor Agensi Berita WAFA.

Selain itu, 30 lagi mangsa yang terkorban, terutamanya kanak-kanak dan wanita dihantar ke Hospital Baptist di Gaza.

Hospital di bahagian selatan juga dilaporkan menerima puluhan lagi mangsa.

Tentera penceroboh Israel meneruskan serangan di Semenanjung Gaza pada Jumaat, hanya beberapa minit selepas berakhirnya jeda kemanusiaan. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI