Gaza, 10 Jun– Puluhan mangsa dibawa ke Hospital Al-Shifa, Gaza hari ini selepas sekurang-kurangnya 17 rakyat Palestin terbunuh manakala puluhan lagi cedera akibat tembakan tentera Israel.
Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, insiden berlaku ketika ribuan penduduk yang hilang tempat tinggal menghampiri tapak pengagihan bantuan, Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) di tengah Gaza.
GHF, kumpulan kemanusiaan yang disokong Amerika Syarikat, mula mengagihkan makanan di Gaza pada akhir Mei lalu.
Serangan berterusan Israel sejak Oktober 2023 telah membunuh lebih 54,000 rakyat Palestin, kebanyakan orang awam, menurut pihak berkuasa kesihatan di Gaza.
Serangan itu juga telah memusnahkan sebahagian besar kawasan padat penduduk di Gaza.- REUTERS