BEIRUT, 16 Ogos- Kira-kira 17 orang cedera di bandar Salamiyah, barat Syria hari ini berikutan gempa bumi berukuran 4.8 magnitud, kata agensi berita negara Syria, Sana.
Menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman, gempa itu yang dirasai penduduk di Syria dan Lubnan, berada pada kedalaman 10km.
Gempa bumi berukuran 4.8 magnitud melanda bandar Hama di barat Syria lewat kelmarin, menyebabkan situasi panik dan berpuluh-puluh orang cedera tetapi tiada kemalangan jiwa.- REUTERS