fb fb fb fb fb

16 tentera terkorban dalam serangan berani mati di Waziristan Utara

Foto AFP

PESHAWAR, 28 Jun - Seorang pengebom nekad merempuh konvoi tentera dengan kenderaan yang sarat dengan bahan letupan, di barat laut Pakistan, pada Sabtu.

Pegawai kerajaan di daerah Waziristan Utara, wilayah Khyber Pakhtunkhwa berkata, kejadian itu mengorbankan 16 anggota tentera, manakala 29 yang lain cedera termasuk orang awam.

"Letupan itu mengorbankan 13 anggota tentera," katanya kepada AFP.

Menurut seorang pegawai polis yang bertugas di daerah itu, letupan kuat tersebut turut menyebabkan bumbung dua buah rumah berhampiran runtuh, mencederakan enam orang kanak-kanak.

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti dalang di sebalik insiden berdarah itu.

TETITIA YUSOFF