TEHRAN, 28 Jun - Menteri Luar Iran Abbas Araghchi menegaskan bahawa rakyatnya akan terus mempertahankan tanah air walaupun terpaksa mengorbankan darah dan insan tersayang dalam perang 12 hari dengan Israel, namun sama sekali tidak akan mengorbankan maruah negara.
Kenyataan itu dibuat ketika Iran mengadakan upacara pengebumian negara bagi mangsa yang terkorban dalam konflik terbaru dengan Israel.
"Iran memberikan darah, bukan tanah; menyerahkan insan tersayang, bukan maruah; mereka bertahan dalam hujan bom seberat ribuan tan, namun tidak pernah tunduk,"
kata di Instagram.
Beliau turut menekankan bahawa perkataan "menyerah" tidak wujud dalam kamus rakyat Iran, menggambarkan semangat juang negara itu dalam menghadapi tekanan ketenteraan dan geopolitik. - AFP