fb fb fb fb fb

16 maut, tragedi tanah runtuh di Pekalongan

FOTO FAIL

JAKARTA, 21 Januari- Seramai 16 mangsa terkorban, manakala 10 lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh yang melanda Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia, menurut Agensi Pengurusan Bencana Wilayah dan pihak polis pada Selasa.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku akibat hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan, jelas Bergas Caturasi, pegawai agensi berkenaan kepada saluran berita Kompas TV.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang menghadapi cabaran berikutan cuaca yang tidak menentu.

"Pencarian diteruskan kerana kita sedang berlumba dengan keadaan cuaca dan masa yang semakin suntuk," katanya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE