BEIJING, 18 Julai- Seramai 16 orang terkorban dalam kebakaran di sebuah pusat beli-belah di barat daya China pada Rabu.
Operasi menyelamat ditamatkan kira-kira pukul 3.00 pagi menurut perkhidmatan bomba dan penyelamat tempatan yang dipetik oleh agensi berita Xinhua.
Video yang disiarkan oleh CCTV, media kerajaan dan dikongsi di media sosial pada malam Rabu menunjukkan asap hitam tebal berkepul dari menara 14 tingkat di Zigong, wilayah Sichuan.
Kebakaran bermula pada awal petang di sebuah pusat membeli-belah di tingkat bawah bangunan, kata saluran itu.
Kira-kira 30 orang diselamatkan, dengan api dipadamkan oleh penyelamat sekitar 8.20 malam, kata CCTV.
Zigong, sekitar 1,900 kilometer (1,200 batu) dari ibu kota Beijing, mempunyai populasi penduduk hampir 2.5 juta orang.-AFP