GAZA, 25 Ogos- Sekurang-kurangnya 15 orang, termasuk empat wartawan terbunuh dalam serangan Israel menyasarkan Hospital Nasser di Khan Younis, Gaza.
Menurut pegawai kesihatan Palestin, salah seorang mangsa yang terbunuh ialah wartawan agensi berita Reuters.
Turut terbunuh, tiga wartawan masing-masing daripada Al-Jazeera, rangkaian NBC manakala seorang lagi yang bekerja dengan beberapa media termasuk The Independent Arabic dan Associated Press.
Selain itu, seorang anggota pertahanan awam Gaza turut terkorban dalam serangan udara berkenaan.
Serangan berlaku apabila dron bahan letupan Israel menyasarkan sebuah bangunan di hospital terbabit, diikuti serangan udara ketika mangsa yang cedera sedang dipindahkan.
Awal bulan ini, empat kakitangan Al-Jazeera dalam serangan udara Israel di luar hospital Al-Shifa di Bandar Gaza, menyebabkan kecaman meluas masyarakat antarabangsa. -AFP