fb fb fb fb fb

14 maut, 24 cedera dalam serangan Ukraine

MOSCOW, 29 Januari- Kementerian pertahanan Rusia pada Sabtu menuduh tentera Ukraine menyerang sebuah hospital di wilayah timur Lugansk, menyebabkan 14 maut dan mencederakan 24 yang lain.

Pada pagi Sabtu, "angkatan tentera Ukraine dengan sengaja menyerang bangunan hospital daerah" di bandar Novoaidar, dengan menggunakan sistem roket pelbagai pelancaran HIMARS buatan Amerika Syarikat (AS), kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kementerian menambah bahawa 14 terbunuh dan 24 yang cedera merupakan "pesakit hospital dan kakitangan perubatan."

Hospital tersebut menyediakan "bantuan perubatan yang diperlukan kepada penduduk tempatan dan anggota tentera selama beberapa bulan".

"Serangan peluru berpandu yang disengajakan ke atas kemudahan perubatan awam yang diketahui aktif adalah jenayah perang yang dilakukan oleh Kyiv," kata kementerian itu.- AFP

(Seorang penduduk cuba membuka peti sejuk di rumahnya yang musnah/AFP)

Media Baharu