fb fb fb fb fb

14 cedera dalam insiden tikaman di Korea Selatan

(Foto REUTERS)

SEOUL, 4 Ogos– Sembilan orang ditikam dan lima orang cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh seorang lelaki di Seougnam, Seoul, Korea Selatan.

Polis berkata suspek bertindak merempuh mangsa menggunakan kereta sebelum bertindak keluar dan menikam mangsa.

Serangan berlaku berhampiran stesen Seohyeon, kira-kira 20 kilometer (km) dari Seoul yang mempunyai gedung serbaneka besar dan kedai-kedai lain serta tempat tinggal ramai penumpang yang menggunakan komuter.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas satu lagi serangan yang jarang berlaku di Korea Selatan yang turut menyebabkan seorang maut dan tiga orang yang lain mengalami kecederaan.

Suspek telah ditahan. Bagaimanapun, motif kejadian belum dikenal pasti.

Suspek yang berusia awal 20-an itu merupakan pekerja penghantar barang serta mempunyai masalah kesihatan mental.


(Seorang anggota polis berada di lokasi kejadian
di Seongnam, Korea Selatan/REUTERS)

Media melaporkan lelaki itu telah merempuh keretanya kepada sekumpulan orang yang berjalan di kaki lima dan kemudian keluar dari kenderaannya dan memasuki sebuah pusat beli-belah.

Video yang tersebar di media sosial menunjukkan suspek mengejar pembeli.

Sebelum ini, agensi berita Newsis melaporkan seorang mangsa telah meninggal dunia, namun pegawai polis menafikannya.

Pesuruhjaya Polis Jeneral Yoon Hee-keun memberi amaran kepada rakyat Korea Selatan supaya berwaspada terhadap serangan sedemikian.-REUTERS

Media Baharu