fb fb fb fb fb

Amazon dan Apple gilap kemahiran AI, atasi ramalan pendapatan

SAN FRANCISCO, 4 Ogos- Amazon dan Apple melaporkan pendapatannya mengatasi jangkaan pasaran dan menyasarkan kedudukan lebih baik dengan bantuan kecerdasan buatan (AI).

"Dalam Amazon, setiap satu daripada pasukan kami sedang berusaha membina aplikasi AI generatif yang mencipta semula dan meningkatkan pengalaman pelanggan mereka," kata ketua eksekutif Andy Jassy dalam satu telesidang bersama penganalisis.

Apple melihat AI dan pembelajaran mesin sebagai "teknologi asas yang penting kepada hampir setiap produk yang dibina," kata Ketua Pengarah Eksetutif Apple Tim Cook kepada penganalisis semasa membincangkan pendapatan suku tahunan.

"Ia sangat penting bagi kami," Cook menjelaskan berkenaan AI.

Cook berkata ciri-ciri telefon pintar yang dihasilkan "tidak akan mungkin berkesan tanpa AI." Antaranya pengesanan dalam teknologi yang dihasilkan membolehkan telefon pintar menghubungi kenalan rapat sekiranya berlaku kecemasan.

"Kami melakukan penyelidikan merentasi pelbagai teknologi AI, termasuk AI generatif selama bertahun-tahun," kata Cook.

"Kami akan terus melabur dan berinovasi serta bertanggungjawab utuk memajukan produk kami dengan teknologi ini."

Apple melaporkan keuntungan sederhana pada suku yang berakhir baru-baru ini. Ia berikutan prestasi rekod dalam perkhidmatan mengimbangi jualan iPhone yang lebih rendah.

Peningkatan jualan di China dan beberapa pasaran baru muncul membantu mengimbangi kemerosotan di Amerika Syarikat (AS) kerana jualan untuk iPhone semakin surut dalam persekitaran telefon pintar itu.

Keuntungan bagi suku fiskal ketiga Apple ialah $19.9 bilion, meningkat 2.3 peratus daripada tempoh sama tahun lalu. Bagaimanapun perolehan sekali lagi merosot, kepada $81.8 bilion.- AFP

(Foto hiasan/AFP)

Media Baharu