WASHINGTON, 4 Ogos- Junta Niger mesti "mempertimbangkan" dan mengembalikan kuasa kepada Presiden yang digulingkan Mohamed Bazoum sebelum negara itu dan wilayah yang lebih luas terjejas.
"Jika Niger terjejas, seluruh Sahel turut terjejas, tidak akan stabil," kata Duta Besar Kiari Liman-Tinguiri kepada AFP dalam temu bual pada Hari Kemerdekaan Niger. Ketika ini bantuan ekonomi dan keselamatan Barat bergantung kepada keseimbangan Afrika Barat bagi menghadapi konflik tersebut.
"Junta harus sedar urusan ini tidak boleh berjaya kerana ia lebih banyak menimbulkan penderitaan rakyat. Kuasa tersebut perlu dikembalikan semula," kata Liman-Tinguiri, yang kekal sebagai diplomat yang diiktiraf di Washington dan menganggap dirinya sebagai wakil "sah" Presiden Bazoum.
Sejak pegawai merampas kuasa di ibu negara Niamey pada 26 Julai, Kesatuan Eropah dan Perancis telah menggantung kerjasama dan bantuan keselamatan, sementara Washington telah menggantung latihan dengan pasukan keselamatan Niamey.
Blok serantau Afrika Barat ECOWAS mengenakan sekatan ekonomi, dan negara jiran Nigeria telah memotong 70 peratus bekalan elektrik di Niger, yang membawa kepada gangguan bekalan elektrik di ibu negara. Antara yang lain, harga beras turut meningkat 40 peratus, tambah Liman-Tinguiri. Kira-kira 40 peratus daripada bajet kerajaan datang daripada bantuan luar, katanya.
“Akan ada akibat buruk jika kita membiarkan keadaan ini berterusan,” kata duta itu. "Ramai rakyat kami yang kehilangan tempat tinggal menjadi pelarian. Perkara ini amat membimbangkan sekiranya ramai rakan kongsi enggan bekerjasama."
Liman-Tinguiri juga bimbang kumpulan separa tentera Wagner Rusia sudah pun menjadi rakan keselamatan junta di Mali. Ia selepas hubungan antara puak putschist dan Perancis semakin memburuk.
"Saya tidak mahu negara saya diambil oleh tentera upahan, apabila kita melihat kerosakan, jenayah yang mereka lakukan di tempat lain" seperti di Libya, Republik Afrika Tengah dan Mali, kata Liman-Tinguiri.- AFP
(Penunjuk perasaan pada Hari Kemerdekaan Niger di Niamey/AFP)