GAZA, 14 Disember – Sekurang-kurangnya 44,930 orang telah terkorban dan 106,624 cedera sepanjang konflik lebih 14 bulan di Semenanjung Gaza, menurut laporan terkini Kementerian Kesihatan Gaza.
Angka ini termasuk 55 kematian dalam tempoh 24 jam terakhir, ketika Gaza terus menghadapi serangan tanpa henti oleh Israel.
Pembunuhan beramai-ramai oleh Zionis Israel bermula pada 7 Oktober 2023 selepas pejuang Hamas melancarkan serangan balas terhadap Israel. - AFP