ZACATECAS, 19 Jun- Sekurang-kurangnya 13 individu disyaki penjenayah maut dalam satu pertempuran dengan pasukan keselamatan di negeri Zacatecas, tengah Mexico.
Menurut laporan pihak berkuasa tempatan,pertempuran pada Selasa itu berlaku di kawasan perbandaran Villanueva ketika pasukan keselamatan negeri sedang melaksanakan operasi sebelum diserang kumpulan bersenjata.
Setiausaha Keselamatan Awam Zacatecas memaklumkan bahawa laporan awal menunjukkan kesemua 13 penyerang terbunuh dalam kejadian itu, manakala tiada anggota pasukan keselamatan dilaporkan cedera atau terkorban.
Perkara itu disahkan menerusi satu hantaran Facebook Setiausaha Kerajaan Negeri, Rodrigo Reyes.
Zacatecas sebelum ini dikenali sebagai antara lokasi panas keganasan di Mexico susulan pertembungan antara kumpulan jenayah terancang dan pasukan keselamatan yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.- REUTERS