fb fb fb fb fb

13 maut nahas jalan raya di Limpopo, Afrika Selatan

FOTO TWITTER Limpopo Current Affairs

CAPE TOWN, 10 Februari- Sekurang-kurangnya 13 orang maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di wilayah Limpopo, Afrika Selatan pada Sabtu, Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.

Kemalangan berlaku pada pagi Sabtu apabila sebuah bas mini dan sebuah trak pikap bertembung lalu terbakar di jalan R40 berhampiran Hoedspruit, Limpopo, menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Afrika Selatan.

Sementara itu, tiga lagi mangsa dibawa ke hospital akibat kecederaan serius.

Punca kejadian masih dalam siasatan. -BERNAMA-XINHUA

SITI AISHAH MD ISA