fb fb fb fb fb

146 maut, 150 cedera dalam rempuhan ketika Halloween

SEOUL, 30 Oktober- Sekurang-kurangnya 146 orang dilaporkan maut dalam insiden rempuhan ketika sambutan Halloween pada Sabtu.

Menurut Agensi Bomba Kebangsaan, 150 orang lagi mengalami kecederaan.

Kejadian berlaku apabila sekumpulan besar pengunjung terjatuh ketika melalui sebuah lorong sempit sekaligus mencetuskan panik.

(Petugas kesihatan menolak mangsa yang berada di atas pengusung ke dalam ambulans / Foto REUTERS)

Pihak berkuasa Korea Selatan melaporkan puluhan pengunjung turut mengalami serangan jantung akibat insiden itu.

Mangsa yang cedera termasuk pelancong asing telah dibawa ke hospital berhampiran untuk dirawat.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat punca sebenar kejadian.-REUTERS

Media Baharu