fb fb fb fb fb

12 polis maut, helikopter ditembak jatuh di Colombia

Foto X Gustavo Petro

VALLEDUPAR, 22 Ogos - Sekurang-kurangnya 12 anggota polis Colombia maut selepas helikopter yang dinaiki mereka ditembak jatuh ketika operasi membanteras tanaman kokain di wilayah Antioquia, semalam.

Insiden di kawasan perbandaran Amalfi itu turut mencederakan dua lagi anggota polis.

Presiden Gustavo Petro pada awalnya memaklumkan lapan kematian, namun angka korban kemudian disahkan meningkat kepada 12 orang.

Dalam kejadian berasingan, letupan kereta bom berhampiran pangkalan udara tentera di Cali meragut enam nyawa dan mencederakan 71 yang lain.

Kedua-dua serangan itu dipercayai didalangi kumpulan penentang perjanjian damai Angkatan Revolusi Bersenjata Colombia (FARC) 2016.

Susulan itu, Presiden Petro menggesa kumpulan bersenjata, termasuk kartel dadah dan puak FARC terbabit, diiktiraf sebagai organisasi pengganas supaya mereka boleh didakwa di mana-mana sahaja. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM