fb fb fb fb fb

12 mayat ditemui dalam kubur 'tersembunyi' di Chihuahua

Penemuan melibatkan 11 kubur di kawasan Ascension

MEXICO CITY, 27 Disember – Pihak berkuasa Mexico menemui 12 mayat yang dikebumikan di kubur rahsia di negeri Chihuahua, berhampiran sempadan Amerika Syarikat, menurut kenyataan Pejabat Pendakwa Raya negeri pada Khamis.

Penemuan melibatkan 11 kubur di kawasan Ascension dalam satu operasi pencarian pada 18 hingga 20 Disember lalu.

Mayat-mayat yang tidak dikenali itu telah dihantar ke makmal Perkhidmatan Perubatan Forensik di Ciudad Juarez untuk analisis lanjut.

Chihuahua merupakan salah satu laluan utama untuk penyeludupan dadah dan migran ke Amerika Syarikat.

Negara itu telah mencatatkan 3,927 kes orang hilang sejak 1952, manakala negeri-negeri lain seperti Jalisco dan Tamaulipas mencatatkan lebih 13,000 kes setiap satu.

Mexico telah menyaksikan lebih 450,000 kematian akibat keganasan berkaitan dadah sejak tentera dikerahkan untuk memerangi penyeludupan pada 2006 - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN