fb fb fb fb fb

11 terbunuh serangan pengganas di Syria

(Gambar kiriman Syrian Arab News Agency (SANA) menunjukkan pasukan perubatan
merawat penduduk yang cedera akibat serangan kumpulan Daesh/FOTO AFP)

BEIRUT, 13 Februari - Sekurang-kurangnya 11 penduduk, rata-ratanya orang awam, terbunuh dalam serangan di tengah Syria pada Sabtu

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria semalam, serangan itu didalangi kumpulan Daesh.

Pemerhati berkata, kumpulan pengganas itu menyerang kira-kira 75 orang awam ketika penduduk itu mengumpul buah trufel di kawasan luar bandar timur Homs, Palmyra.

"Serangan itu membunuh 10 orang awam, termasuk seorang wanita dan seorang anggota tentera rejim (Syria)," katanya sambil ramai lagi yang masih hilang. - AFP

(Seorang pakar perubatan menjaga seorang lelaki warga emas yang cedera dalam serangan
kumpulan Daesh sebelum ini di tengah Syria, di sebuah hospital di bandar Palmyra/FOTO AFP)

Media Baharu