fb fb fb fb fb

11% syarikat di Jepun setuju tarif AS beri kesan negatif

Foto REUTERS

TOKYO, 18 Jun- Satu tinjauan swasta oleh Tokyo Shoko Research pada Rabu menunjukkan lebih separuh daripada syarikat Jepun percaya tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) memberi kesan negatif terhadap prestasi perniagaan mereka, lapor Xinhua.

Daripada lebih 7,000 syarikat yang ditinjau di seluruh negara, 11 peratus melaporkan kesan negatif yang ketara manakala 45 peratus mengalami kesan negatif yang sedikit, dengan hanya 38 peratus mengatakan tiada kesan.

Pengeluar produk getah, termasuk pembuat tayar, serta industri keluli adalah antara yang paling terjejas. Tinjauan turut mendedahkan yang 30 peratus syarikat menjangkakan langkah tarif itu akan memberi kesan kepada kenaikan gaji untuk tahun fiskal akan datang.

Tokyo Shoko Research turut mendedahkan syarikat kecil dan sederhana yang tidak mempunyai hubungan perdagangan langsung dengan AS juga turut terkesan memandangkan kesan rantaian dalam sektor automotif dan keluli yang meluas.

Syarikat itu memberi amaran yang langkah tarif ini boleh mengganggu trend kenaikan gaji yang ketara di Jepun sejak kebelakangan ini dan menekankan keperluan kerajaan untuk menilai kesan serta melaksanakan langkah sokongan. -BERNAMA-XINHUA

SITI NOORAIN ABDULLAH