TEHRAN, 18 Jun- Iran mendakwa telah melancarkan peluru berpandu hipersoniknya ke arah Israel dalam pusingan terbaharu serangan, beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menuntut negara itu untuk penyerahan tanpa syarat.
Trump juga menegaskan Washington tidak memainkan peranan dalam kempen pengeboman sekutunya Israel tetapi memberi amaran bahawa kesabarannya semakin menipis apabila konflik berkenaan memasuki hari keenam.
Menurut media Iran, ia merupakan serangan balas Tehran kepada Tel Aviv.
Terdahulu, Iran mengeluarkan amaran kepada penduduk Tel Aviv supaya bersedia dengan serangan peluru berpandu hipersonik Fattah-1 yang bergerak pantas iaitu lima kali lebih daripada kelajuan bunyi dan keupayaan mengubah haluan ketika di udara, menjadikannya lebih sukar untuk dikesan atau dipintas.
Selain itu, Iran turut melancarkan serangan dron besar-besaran ke arah Israel.
Awal pagi tadi, pesawat perang Israel menyasarkan kawasan dikenali sebagai Daerah 18.
Media Iran melaporkan serangan itu mengenai kawasan di Piroozi, Sabalan dan Sayyad di Tehran. -AFP
