IRAN, 18 Jun- Iran telah melaksanakan sekatan keselamatan baharu termasuk mengehadan penggunaan internet dan catuan bahan api di tengah-tengah ketegangan serantau yang semakin memuncak.
Selain itu, Iran turut mengenakan peraturan baharu yang memerlukan proses kelulusan yang panjang untuk peranti elektronik peribadi yang memasuki negara itu.
Menurut wartawan Kumpulan Media China (CMG) di Tabriz, ibu kota wilayah Azerbaijan Timur Iran, Li Jiannan gangguan komunikasi pada hari Selasa menyebabkan kedua-dua kad SIM China dan Iran kehilangan fungsi atau akses internet pada 17 Jun, walaupun panggilan tempatan masih berfungsi.
"Pada masa ini, kerajaan Iran telah mengehadkan lagi penggunaan Internet. Sepanjang perjalanan saya sebentar tadi, saya dapat merasakan dengan jelas ketegangan dalam situasi tempatan. Selain melaksanakan kuota kenderaan untuk mengisi minyak, terdapat juga lebih banyak pusat pemeriksaan di sepanjang jalan.
"Sepanjang dua jam memandu dari kawasan sempadan Iran ke Tabriz, sekurang-kurangnya empat pusat pemeriksaan telah disediakan untuk memeriksa kenderaan yang melintas," katanya.
Wartawan itu juga merakamkan kerosakan akibat serangan udara Israel dua hari sebelumnya telah memusnahkan dua kilang di wilayah Azerbaijan Timur dengan kemusnahan yang teruk.-REUTERS