WASHINGTON, 3 September- Tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas sebuah kapal di selatan Caribbean pada Selasa, mengorbankan 11 individu yang didakwa terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Menurut Presiden AS, Donald Trump dalam hantaran di platform Truth Social berkata serangan itu menyasarkan kumpulan Tren de Aragua (TDA), yang didakwa sebagai organisasi pengganas asing di bawah kawalan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro.
“Serangan berlaku ketika kumpulan pengganas itu berada di perairan antarabangsa, sedang mengangkut dadah haram menuju ke AS.
Serangan itu mengakibatkan 11 pengganas terbunuh. Tiada anggota tentera AS tercedera,” katanya.
Trump turut menegaskan bahawa tindakan ketenteraan itu menjadi peringatan keras kepada mana-mana pihak yang cuba menyeludup dadah ke negaranya. -REUTERS