DENPASAR, 28 Jun- Seramai 103 orang warga Taiwan ditahan pada Jumaat oleh pegawai imigresen Indonesia kerana disyaki menjalankan operasi jenayah siber dari pulau Bali.
Bagaimanapun, Taiwan menafikan jumlah itu dengan menyatakan hanya sekitar 14 orang warganya yang terlibat.
"Serbuan pada Rabu adalah tangkapan terbesar tahun ini," kata agensi imigresen.
Pengarah Imigresen Bali, Saffar Muhammad Godam memberitahu pemberita bahawa pihak berkuasa akan menghantar pulang kesemua pemegang pasport Taiwan tidak sah itu, selepas menangkap mereka di sebuah vila di daerah Tabanan, Bali.
“Seramai 103 warga asing itu tinggal di vila itu dan melakukan aktiviti mencurigakan, yang kami syak adalah aktiviti berkaitan jenayah siber."
"Mereka yang ditahan juga disyaki menyalahgunakan visa mereka,” kata Saffar pada sidang media itu.
Kementerian luar Taiwan dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya akan menghantar kakitangan konsular ke Bali dan meminta Indonesia untuk menghantar kesemua yang ditangkap ke Taiwan sebaik siasatan selesai.
Godam berkata penipuan itu menyasarkan individu dari luar negara dan bukan warga Indonesia.- REUTERS