fb fb fb fb fb

101 rakyat Palestin terbunuh, termasuk ketika mencari bantuan

Hospital Nasser di Gaza dipenuhi tangisan ahli keluarga yang kehilangan insan tersayang akibat serangan Israel / Foto REUTERS

KHAN YOUNIS, 31 Julai - Seramai 101 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam di seluruh Gaza termasuk puluhan yang sedang mendapatkan bantuan berhampiran tapak agihan di utara Rafah dan khemah perlindungan di sini pada Khamis.

Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan angka korban itu termasuk beberapa individu yang maut dalam serangan di kawasan khemah Al-Mawasi pada hari yang sama.

Menurut pegawai kesihatan tempatan, insiden tersebut turut menyaksikan Hospital Nasser di Gaza dipenuhi tangisan ahli keluarga yang kehilangan insan tersayang akibat serangan Israel.

Sehingga kini, angka korban di wilayah tersebut akibat serangan udara dan darat rejim zionis terus meningkat dengan lebih 60,000 rakyat Palestin disahkan terbunuh. - REUTERS

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE