fb fb fb fb fb

10 terbunuh dalam serangan pengganas ke atas balai polis

FOTO HIASAN

PESHAWAR, 5 Februari- 10 pegawai polis terbunuh dalam satu serangan ke atas sebuah balai polis oleh berpuluh-puluh pengganas di utara Pakistan, awal pagi tadi.

Serangan itu berlaku hanya beberapa hari sebelum Pakistan mengadakan pilihan raya umum yang telah menyaksikan berpuluh-puluh serangan dilancarkan terhadap calon dan penyokong parti.

"Lebih 30 pengganas melancarkan serangan dari tiga arah. Berlaku adegan tembak menembak selama lebih dua setengah jam," kata ketua polis Khyber Pakhtunkhwa, Akhtar Hayat Gandapur kepada AFP.

Beliau berkata 10 pegawai terbunuh dan empat cedera dalam serangan ke atas balai polis Chaudhwan di daerah Dera Ismail Khan.

Wilayah sempadan wilayah Khyber Pakhtunkhwa telah bertahun-tahun menjadi sarang pengganas, dengan kedua-dua Taliban Pakistan dan ISIS menyerang sasaran kerajaan dan keselamatan.

Gandapur memberitahu, kumpulan pengganas merampas kawalan balai polis semasa serangan yang bermula sekitar 1.30 pagi.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE