fb fb fb fb fb

17 orang maut akibat kebakaran stesen simpanan bahan api Pertamina

(Sekurang-kurangnya 17 orang maut selepas kebakaran berlaku di stesen simpanan bahan api
dikendalikan syarikat tenaga Indonesia, Pertamina/ AFP)

JAKARTA, 4 Mac - Sekurang-kurangnya 17 orang maut selepas kebakaran berlaku di stesen simpanan bahan api dikendalikan syarikat tenaga Indonesia, Pertamina di sini.

Kebakaran yang bermula selepas pukul 8 malam waktu tempatan itu menyebabkan penduduk berhampiran di kawasan padat menjadi panik dan sebahagian daripada mereka melarikan diri dengan barangan masing-masing.

Jurucakap Pertamina berkata api telah dipadamkan kira-kira pukul 10.30 malam.

Kebakaran masih kelihatan di sekitar rumah penduduk selepas itu, kata seorang pegawai balai bomba menerusi akaun Instagram unit berkenaan.

Dua daripada mangsa maut adalah kanak-kanak, manakala 50 orang cedera termasuk seorang kanak-kanak, menurut pegawai di unit pemadam kebakaran, Rahmat Kristanto.

(Sekurang-kurangnya 17 orang maut selepas kebakaran berlaku di stesen simpanan bahan api
dikendalikan syarikat tenaga Indonesia, Pertamina/ AFP)

Kebanyakan mereka yang cedera mengalami luka melecur dan kerajaan akan membayar kos rawatan perubatan mereka, kata pemangku gabenor Jakarta, Heru Budi Hartono kepada pemberita.

Pusat panggilan balai bomba utama Jakarta berkata ia telah menghantar 51 unit ke kawasan Plumpang di Jakarta Utara, sambil menyifatkan kebakaran tersebut adalah besar.

Dalam satu kenyataan, Pertamina berkata punca kejadian masih disiasat dan pemindahan sedang dijalankan.

Syarikat itu berkata bekalan bahan api untuk kawasan Jakarta kekal selamat kerana ia merancang untuk mengalihkan bekalan dari terminal lain.

Stesen minyak tersebut mempunyai kapasiti lebih 300,000 kilo-liter, menurut kementerian tenaga negara itu. -REUTERS

Media Baharu