fb fb fb fb fb

10 orang dikhuatiri maut dalam kebakaran hutan di Chile

Foto AFP

SANTIAGO, 3 Februari - Chile mengisytiharkan darurat pada Jumaat apabila 10 orang dikhuatiri maut dalam kebakaran hutan di wilayah tengah Valparaiso, di mana kebakaran mengancam beratus-ratus rumah.

Kebakaran bermula di kawasan pelancongan Vina del Mar dan Valparaiso, di mana ratusan hektar hutan telah musnah dan memaksa pemindahan dilakukan.

Seorang pegawai memaklumkan, Presiden Chile, Gabriel Boric menetapkan "keadaan darurat akibat malapetaka, untuk mendapatkan semua sumber yang diperlukan" bagi memadamkan kebakaran.

Kira-kira 480 hektar hutan telah terbakar di Valparaiso sahaja, menurut pihak berkuasahutan negara Chile, CONAF.

Kebakaran itu didorong oleh gelombang panas musim panas dan kemarau yang menjejaskan bahagian selatan Amerika Selatan yang disebabkan oleh fenomena cuaca El Nino.

Para saintis telah memberi amaran bahawa planet yang memanas telah meningkatkan risiko bencana alam seperti panas dan kebakaran yang meningkat.

Ketika Chile dan Colombia bergelut dengan peningkatan suhu, gelombang panas mengancam untuk melanda Argentina, Paraguay dan Brazil dalam beberapa hari akan datang.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN