fb fb fb fb fb

1,500 diarah pindah akibat kebakaran hutan

Ribuan penduduk dan pelancong di Crete, Greece diarah pindah susulan kebakaran hutan./REUTERS

CRETE, 4 Julai – Ribuan penduduk Crete di pulau peranginan Greece diarah berpindah susulan kebakaran hutan yang semakin marak.

Menurut laporan media tempatan, kira-kira 1,500 orang terpaksa dipindahkan selepas kebakaran tercetus pada Rabu.

Pemindahan turut melibatkan pelancong yang menteap di beberapa hotel dan dibawa ke pusat perlindungan sementara di gimnasium tertutup di daerah Ierapetra.

Sementara itu, jurucakap bomba, Vassilios Vathrakoyannis berkata, seramai 270 anggota bomba, 10 helikopter dan dron terlibat dalam operasi memadam kebakaran.

“Kebakaran memusnahkan kawasan belukar dan tanaman, termasuk rumah kediaman.

"Angin kuat menyukarkan lagi kerja memadam kebakaran," katanya.

Menurutnya lagi, keadaan bentuk muka bumi Crete yang kering dan berbukit menyukarkan operasi pemadaman melibatkan tiga lokasi utama.

Greece kini dilanda gelombang haba ekstrem yang turut melanda sebahagian besar selatan Eropah.

Fenomena iklim berkenaan menjadikan negara itu terdedah kepada kebakaran hutan setiap musim panas. - AFP

KHAIRUL AMRI BIN YASIN