Media Baharu

Media Baharu

Daesh serang penjara Ghwayran, bebaskan pemberontak

FOTO AFP BEIRUT, 21 Januari- Kumpulan pengganas Daesh menyerang penjara yang dikendalikan Kurdish di timur laut Syria pada Khamis, dan membebaskan rakan seperjuangan mereka. Begitupun, jumlah tahanan yang dilarikan tidak dapat dipastikan. Pasukan Demokratik Syria yang diketuai Kurdish mengesahkan serangan…

Kelantan pandang serius laporan tahfiz ajaran sesat

KOTA BHARU, 21 Januari– Kerajaan negeri Kelantan sedang meneliti dan menunggu laporan berhubung sebuah pusat tahfiz Pondok di Gunong, Bachok yang dipercayai bercanggah dengan ajaran Islam. Menurut Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, pihaknya kini sedang menunggu laporan yang sedang…

Ziarah Perpaduan santuni 20 penerima di Perlis

    PADANG BESAR, 21 Januari– Sebanyak 20 orang penerima iaitu 10 di Parlimen Kangar ; 6 bagi Parlimen Arau dan 4 di Parlimen Padang Besar menerima sumbangan menerusi Program Komuniti Sejahtera, Ziarah Perpaduan. Program ini merupakan perluasan perkhidmatan di…

Rali Dunia, Ogier kekal pendahulu

FOTO AFP MONTE CARLO, 21 Januari– Juara dunia 8 kali, Sebastien Ogier muncul pendahulu keseluruhan selepas dua peringkat perlumbaan Kejuaraan Rali Dunia di Monte Carlo awal pagi tadi. Pemandu pasukan Toyota itu mencatat kemenangan dalam dua saingan tersebut dengan mengatasi…

Pelihara kebersihan demi kehidupan sihat sejahtera

KUALA PERLIS, 21 Januari- Rakyat Perlis hendaklah sentiasa berusaha dan memikul tanggungjawab bagi memelihara kebersihan alam sekitar. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah, selain kediaman, lokasi tarikan pelancong, kedai makan dan tandas awam juga hendaklah sentiasa berada…

Maimunah dilantik semula ketuai PBB-Habitat

NEW YORK, 21 Januari– Datuk Maimunah Mohd Sharif dari Malaysia dipilih semula oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia PBB (PBB-Habitat) untuk tempoh dua tahun, lapor Xinhua. Tempoh perkhidmatan beliau untuk penggal empat tahun…

BSYJM ubah suai ambulan bawa pemuda obesiti ke hospital

  ALOR SETAR, 21 Januari- Pasukan Briged Sukarelawan Yayasan Jariah Malaysia, BSYJM terpaksa mengubah suai ambulan miliknya bagi membawa seorang pemuda obesiti yang mempunyai berat lebih 200 kilogram. Pemuda terbabit, Muhamad Irfan Abdul Wafti, 37 tahun, perlu dibawa ke Hospital Sultanah…

REHDA harap kerajaan pertimbang lanjut HOC

KUALA LUMPUR, 21 Januari- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) berharap, kerajaan dapat mempertimbang untuk melanjutkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC), yang berakhir 31 Disember lalu. Timbalan Presidennya, Datuk N.K. Tong berkata, REHDA telah mengemukakan cadangan dan masih menunggu kata…

Pesawat berpatah balik angkara penumpang tidak patuh SOP

FOTO AFP WASHINGTON, 21 Januari- Sebuah pesawat milik American Airlines dalam penerbangan dari Miami ke London berpatah balik gara-gara penumpang enggan memakai pelitup muka. Menurut satu kenyataan dari syarikat penerbangan itu, penerbangan 38 American Airlines dari Miami ke London kembali…

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.