Media Baharu

Media Baharu

Cadangan tutup pejabat UNHCR, terpulang kepada Malaysia- AS

(Melissa Brown bercakap kepada media Malaysia di Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak/BERNAMA) KUALA LUMPUR, 15 Oktober– Amerika Syarikat (AS) menyerahkan kepada kerajaan Malaysia untuk membuat keputusan berhubung cadangan menutup pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini.…

Hasrat dua lelaki bawa lari lori curi, gagal

KULIM, 15 Oktober- Hasrat dua lelaki untuk meraih keuntungan selepas melarikan sebuah lori tidak kesampaian apabila kedua-duanya dicekup pihak polis dalam tempoh kurang lapan jam selepas melarikan kenderaan tersebut. Kedua-dua suspek ditahan di Sungai Petani, Kedah. Ketua Polis Daerah Kulim,…

Ekonomi Kedah bakal dirancakkan dengan pembinaan kilang baharu

AMERIKA SYARIKAT,15 Oktober–  Ekonomi Kedah bakal dirancakkan lagi dengan pembinaan kilang baharu di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP). Langkah syarikat pembekal bahan komponen dan penyelesaian sistem ketepatan, Ferrotec Holdings Corporation untuk membina kilang baharu di Taman Teknologi Tinggi Kulim, (KHTP) akan…

14 kanak-kanak maut, feri karam di Sungai Mekong

(Foto hiasan/AFP) PHNOM PENH, 15 Oktober– Sekurang-kurangnya 14 kanak-kanak terbunuh apabila feri yang membawa mereka pulang dari sekolah karam di Sungai Mekong, Kemboja. Ketua Polis Wilayah Chhoeun, Sochet berkata pasukan penyelamat sedang mencari seorang pelajar lain. Katanya, mangsa yang terlibat…

MAQIS tahan kontena bawa 23 tan daging lembu dari Brazil

SELANGOR, 15 Oktober– Cubaan sebuah syarikat tempatan membawa masuk daging lembu sejuk beku dari Brazil tanpa permit import sah gagal apabila ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor. Daging dianggarkan bernilai RM476,000 yang dibawa menggunakan sebuah kontena itu…

Rashford perlu lebih tajam di depan gawang – Ten Hag

MANCHESTER, 15 Oktober– Pemain sayap Manchester United, Marcus Rashford perlu lebih tajam di hadapan gawang ketika mengemudi jentera serangan pasukan. Menurut pengendalinya, Erik Ten Hag, tuntutan itu perlu dilaksana sehabis baik demi memastikan matlamat kelab berjaya diraih pada musim ini.…

25 orang maut akibat letupan lombong arang batu, Turkiye

(Operasi menyelamat di kawasan berlakunya letupan lombong arang batu di Bartin, utara Turkiye/AFP) ISTANBUL, 15 Oktober– Sekurang-kurangnya 25 orang maut akibat letupan di lombong arang batu di wilayah Bartin, utara Turkiye. Manakala berpuluh-puluh orang yang lain terperangkap beberapa meter bawah tanah. Menteri…

Phil Foden sambung kontrak 5 tahun bersama The Citizens

MANCHESTER, 15 Oktober– Penyerang muda England, Phil Foden menyambung kontrak bersama juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City selama lima tahun sehingga 2027, hari ini. Foden yang sentiasa mempamer aksi terbaik dalam liga itu berhasrat untuk terus membantu kelab mencipta lebih…