
COPENHAGEN, 15 April– Juara dua kali Olimpik, Viktor Axelsen mengumumkan persaraan daripada arena badminton dunia pada usia 32 tahun.
- Mengumumkan persaraan setelah masalah kecederaan belakang menghalang latihan dan persaingan di peringkat tertinggi.
- Telah menjalani pembedahan pada April tahun lalu namun tidak dapat mengatasi masalah fizikal yang berterusan.
- Bersara sebagai antara pemain paling berjaya: dua kali juara dunia, gangsa Olimpik Rio 2016, dan 100 minggu sebagai nombor satu dunia.
Ia susulan masalah kecederaan belakang yang menyebabkan Axelsen tidak dapat lagi dapat berlatih dan bersaing di peringkat tertinggi.
Bekas perseorangan nombor satu dunia itu sebelum menjalani pembedahan pada April tahun lalu dan mendedahkan tidak dapat mengatasi masalah fizikal dialaminya.
“Saya terpaksa menerima situasi sukar ini.
“Tetapi kini sudah sampai ke tahap badan saya tidak lagi membenarkan saya untuk meneruskannya,” kata pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024.
Axelsen bersara sebagai salah seorang pemain yang paling banyak memenangi pingat.
Beliau pernah dua kali dinobatkan selaku juara dunia selain turut memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Rio 2016.
Pemain Denmark itu pernah menduduki ranking pertama dunia dalam acara perseorangan lelaki selama 100 minggu berturut-turut, satu pencapaian yang hanya diatasi pemain legenda Malaysia, Datuk Seri Lee Chong Wei.
“Sukar untuk saya mengucapkan selamat tinggal, bukan hanya kepada pertandingan, tetapi segala-galanya,” katanya.