Venus Williams terima tiket wildcard Terbuka AS

RINGKASAN BERITA AI
  • Williams mempunyai tujuh gelaran Grand Slam dan tersingkir pusingan pertama Terbuka AS tahun lalu kepada Karolina Muchova.
  • Bersama Serena, dia kembali beraksi beregu pertama kali sejak 2022 tetapi tewas pusingan pertama Cincinnati Open.
  • Satu lagi slot wildcard bagi acara perseorangan wanita masih belum diumumkan oleh penganjur.

NEW YORK, 19 Ogos — Juara perseorangan Terbuka AS dua kali, Venus Williams menerima tiket wildcard untuk beraksi pada kejohanan tahun ini, menurut penganjur, semalam.

Williams, 46, yang memiliki tujuh gelaran Grand Slam, tersingkir pada pusingan pertama di Flushing Meadows tahun lalu selepas tewas kepada pemain Czech, Karolina Muchova.

Pemain Amerika Syarikat itu bersama adiknya, Serena, turut kembali beraksi dalam acara beregu buat kali pertama sejak 2022, namun tewas pada pusingan pertama Cincinnati Open, Isnin lalu.

Penganjur memaklumkan satu lagi slot wildcard bagi acara perseorangan wanita masih belum diumumkan. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.