Terbuka Malaysia 2026: Tang Jie-Ee Wei wakil pertama negara ke suku akhir

Pemain campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kegembiraan selepas menewaskan rakan senegara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin pada kejohanan Terbuka Malaysia 2026 di Stadium Axiata Arena/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Januari – Beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjadi wakil pertama negara menempah tiket ke suku akhir Terbuka Malaysia di Axiata Arena, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke suku akhir Terbuka Malaysia mewakili negara.
  • Mereka menambah rekod pertemuan kepada 4-0 selepas menewaskan rakan senegara.
  • Set pertama dimenangi 21-13 melalui kawalan rapi di jaring dan serangan konsisten.
  • Set kedua sengit, Tang Jie-Ee Wei menang 23-21 selepas tenang ketika seri 21-21.
  • Gandingan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tersingkir selepas tewas kepada pasangan AS.

Pasangan ranking keempat dunia itu menepati ramalan apabila menewaskan rakan senegara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin dalam tempoh 41 minit, sekali gus melebarkan rekod pertemuan mereka kepada 4-0.

Pada set pertama, penguasaan Tang Jie-Ee Wei cukup ketara apabila tampil dengan corak permainan lebih kemas terutama kawalan rapi di jaring serta serangan konsisten untuk menutup aksi dengan 21-13.

Memasuki set kedua, walaupun Pang Ron-Su Yin tampak enggan mengalah dan berjaya mengikat kedudukan 21-21, namun Tang Jie-Ee Wei kekal tenang sebelum menoktahkan kemenangan 23-21.

Terdahulu, cabaran satu lagi gandingan campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie berakhir apabila tewas kepada pasangan Amerika Syarikat, Presley Smith-Jennie Gai 9-21, 17-21.