Terbuka Jepun: Dua beregu lelaki negara mara suku akhir

Foto BERNAMA

TOKYO, 16 Julai – Dua beregu lelaki negara meneruskan momentum positif apabila melangkah ke suku akhir Terbuka Jepun 2026 selepas mencatat kemenangan pada pusingan kedua di Gimnasium Metropolitan Tokyo hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kang Khai Xing-Aaron Tai tundukkan pasangan Taiwan 21-10, 21-15 untuk layak ke suku akhir.
  • Khai Xing-Aaron kawal tempo dengan serangan tersusun, disiplin taktikal dan kawalan gelanggang untuk menamatkan perlawanan dua set.
  • Pasangan itu akan berdepan sama ada nombor satu dunia Korea atau pasangan tuan rumah dalam aksi suku akhir.
  • Goh Sze Fei-Nur Izzuddin tewaskan Kim Astrup-Anders Rasmussen 21-18, 21-19 dalam 40 minit dan mara ke suku akhir.

Beregu ranking ke-22 dunia, Kang Khai Xing-Aaron Tai menjadi pasangan pertama negara mengesahkan slot lapan terbaik selepas menundukkan wakil Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po Hsuan dengan keputusan 21-10, 21-15.

Khai Xing-Aaron tampil kemas sepanjang aksi berlangsung apabila mengawal tempo permainan menerusi corak serangan tersusun, disiplin taktikal serta kawalan gelanggang yang baik untuk menamatkan perlawanan dalam dua set.

Di peringkat suku akhir, pasangan negara itu bakal berdepan ujian lebih mencabar apabila dijangka bertemu sama ada gandingan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae atau pasangan tuan rumah, Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi.

Sementara itu, beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut menempah tiket ke suku akhir selepas menewaskan bekas pasangan nombor satu dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-18, 21-19 dalam masa 40 minit.

Sze Fei-Nur Izzuddin seterusnya akan menanti pemenang antara gandingan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dan pasangan Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith untuk aksi suku akhir.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.