Terbuka Charleston: Pegula ke suku akhir, tepati status juara bertahan

Pemain tenis Amerika Syarikat, Jessica Pegula/AFP

SOUTH CAROLINA, 3 April – Juara bertahan, Jessica Pegula mara ke suku akhir Terbuka Charleston selepas menewaskan wakil Itali, Elisabetta Cocciaretto.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pegula bangkit dari ketinggalan 1-4 dalam set penentuan, menewaskan lawannya 1-6, 6-1, 7-6.
  • Kemenangan itu hadir kurang 24 jam selepas beliau mengharungi perlawanan panjang tiga jam 10 minit menentang Yulia Putintseva.
  • Keputusan itu membolehkan Pegula melangkah ke suku akhir buat kali ke-10 berturut-turut dalam Jelajah WTA.

Saingan menyaksikan pilihan utama itu bangkit daripada ketinggalan 1-4 dalam set penentuan sebelum menoktahkan kemenangan 1-6, 6-1, 7-6.

Kemenangan itu hadir kurang 24 jam selepas beliau mengharungi perlawanan panjang selama tiga jam 10 minit menentang Yulia Putintseva semalam.

Kejayaan tersebut membolehkan Pegula melangkah ke suku akhir buat kali ke-10 berturut-turut dalam Jelajah WTA.

Sementara itu, pilihan ketiga, Belinda Bencic bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Sara Bejlek 7-6, 6-2.

Dalam satu lagi aksi, Madison Keys menewaskan Anna Bondar 6-2, 7-5 untuk turut mara ke suku akhir. – AFP