
STUTTGART, 17 April – Pilihan utama kejohanan, Elena Rybakina dan Coco Gauff, mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir Terbuka Stuttgart selepas mencatatkan kemenangan “straight-set” ke atas lawan masing-masing pada Khamis.
- Karolina Muchova bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan Elise Mertens 1-6, 6-3, 6-0.
- Elena Rybakina mempamerkan aksi klinikal menewaskan Diana Shnaider 6-3, 6-4 dengan sembilan ace.
- Coco Gauff bangkit daripada ketinggalan 3-0 untuk menewaskan Liudmila Samsonova 7-5, 6-1.
- Kemenangan Gauff menyaksikan pertemuan dengan Muchova bagi merebut slot ke separuh akhir.
Turut mara ialah Karolina Muchova yang bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan Elise Mertens dengan keputusan 1-6, 6-3, 6-0.
Pada perlawananan berkenaan, Juara Terbuka Australia, Rybakina, mempamerkan aksi klinikal apabila menewaskan Diana Shnaider 6-3, 6-4.
Pemain nombor dua dunia itu tidak memberikan sebarang ruang buat lawan dan meledak sembilan pukulan servis deras (ace) sepanjang perlawanan.
Sementara itu, bintang Amerika Syarikat, Gauff, yang beraksi buat kali pertama di gelanggang tanah liat musim ini, berjaya menewaskan Liudmila Samsonova 7-5, 6-1.
Gauff pada mulanya berdepan tentangan sengit apabila ketinggalan 3-0 di set pertama sebelum bangkit memenangi set tersebut dan meneruskan momentum cemerlang di set kedua dengan memenangi lima perlawanan berturut-turut.
Kemenangan tersebut menyaksikan Gauff bertemu Muchova dalam perebutan slot ke separuh akhir. – REUTERS