Russell Juara Grand Prix Austria

George Russell meraikan kemenangan selepas menjuarai Grand Prix Formula Satu (F1) Austria di Litar Red Bull Ring, Spielberg/Foto AFP

SPIELBERG, 29 Jun – Pelumba Mercedes, George Russell kembali menemui rentak kemenangan apabila muncul juara Grand Prix (GP) Austria pada Ahad selepas menewaskan juara dunia empat kali, Max Verstappen di Litar Red Bull Ring.

RINGKASAN BERITA AI
  • Russell menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 1.611 saat, Verstappen di tempat kedua dan rakan sepasukannya Kimi Antonelli di tempat ketiga.
  • Kemenangan itu mengurangkan jurang kejuaraan Russell kepada 40 mata di belakang Antonelli.
  • Verstappen, bermula petak kelima, memuji prestasi jentera selepas menempuh perlumbaan mencabar pada suhu 37 darjah Celsius.

Russell, 28 tahun, yang memulakan perlumbaan dari petak utama, menampilkan aksi konsisten untuk meraih kemenangan kedua musim ini dan ketujuh sepanjang kariernya.

Pelumba Britain itu menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 1.611 saat di hadapan Verstappen, manakala rakan sepasukannya di Mercedes, Kimi Antonelli, menamatkan saingan di tempat ketiga untuk melengkapkan podium.

Pelumba McLaren, Oscar Piastri menamatkan perlumbaan di tempat keempat, diikuti Lewis Hamilton dari Ferrari di tempat kelima.

Turut mengisi kelompok 10 terbaik ialah Isack Hadjar, Lando Norris, Charles Leclerc, Liam Lawson dan pelumba muda Red Bull, Arvid Lindblad.

Russell menyifatkan kemenangan itu amat bermakna selepas beberapa keputusan kurang memberangsangkan sebelum ini.

Kemenangan tersebut turut mengurangkan jurang mata Russell kepada 40 mata di belakang Antonelli dalam perebutan kejuaraan dunia musim ini.

Sementara itu, Verstappen yang memulakan perlumbaan dari petak kelima memuji prestasi jenteranya selepas berjaya mengharungi perlumbaan mencabar dalam suhu mencecah 37 darjah Celsius.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.