Piala Dunia: Aguirre belum puas hati meskipun Mexico menang ke atas Afrika Selatan


Jurulatih Mexico, Javier Aguirre / Foto BERNAMA

MEXICO CITY, 12 Jun – Jurulatih Mexico Javier Aguirre mengakui belum berpuas hati meskipun pasukannya berjaya memulakan kempen Piala Dunia FIFA 2026 dengan kemenangan 2-0 ke atas Afrika Selatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Aguirre kata Mexico boleh menang lebih besar selepas mencipta beberapa peluang terbaik, terutama pada separuh masa pertama.
  • Pasukan tidak bermain baik pada separuh masa pertama walaupun berpeluang memimpin 3-0 pada tamat babak pertama.
  • Aguirre gembira dengan kemenangan tetapi menegaskan prestasi masih belum mencapai tahap diharapkan.
  • Kegagalan menyempurnakan peluang menghalang pemanfaatan penguasaan untuk membina kelebihan lebih selesa, dan tekanan aksi pembukaan turut mempengaruhi pemain.

Aguirre berpandangan Mexico mampu memperoleh kemenangan lebih besar selepas mencipta beberapa peluang terbaik, terutama pada separuh masa pertama.

“Kami tidak bermain dengan baik pada separuh masa pertama, walaupun kami dengan mudah boleh mendahului 3-0 tamat babak pertama.

“Saya gembira dengan kemenangan ini, tetapi prestasi kami masih belum mencapai tahap yang diharapkan. Kami boleh menjadi lebih baik dan mesti menjadi lebih baik,” katanya.

Beliau berkata kegagalan menyempurnakan peluang menyebabkan Mexico tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya penguasaan permainan untuk membina kelebihan lebih selesa.

Aguirre bagaimanapun percaya tekanan aksi pembukaan Piala Dunia turut memberi kesan kepada persembahan pemain. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.