Piala Dunia 2026: Prestasi Korea Selatan terus dikecam

Korea Selatan gagal ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2026. Foto/AFP

SEOUL, 29 JUN – Kemarahan penyokong terhadap prestasi skuad Korea Selatan yang tersingkir seawal pusingan pertama Piala Dunia 2026 terus memuncak meskipun jurulatih Hong Myung-bo mengumumkan peletakkan jawatan pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Myung-bo dipersalahkan kerana menggugurkan Son Heung-min dalam aksi terakhir, menyebabkan keputusan mengecewakan.
  • Presiden Lee Jae Myung menegur pengurusan bola sepak dan meminta maaf kepada penyokong atas prestasi buruk.
  • Park Ji-sung gesa perubahan menyeluruh dalam pembangunan bola sepak; menuntut penilaian semula strategi jangka panjang.

Myung-bo merupakan antara individu yang dipersalahkan kerana menggugurkan pemain bintang, Son Heung-min dalam aksi terakhir kumpulan menentang Afrika Selatan yang menyaksikan mereka tewas 0-1.

Perkembangan tersebut turut mendapat perhatian Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung yang menegur pengurusan bola sepak negara berkenaan selain memohon maaf kepada para penyokong atas prestasi mengecewakan skuad ‘Taegeuk Warriors’

Sementara itu, bekas ketua pasukan, Park Ji-sung, berkata kegagalan itu sebenarnya sudah dijangka sejak beberapa tahun lalu.

Bekas pemain Manchester United itu menggesa perubahan menyeluruh dilakukan dalam pembangunan bola sepak negara.

“Kita perlu menilai semula dan bertanya kepada diri sendiri mengapa keadaan bola sepak Korea Selatan boleh menjadi seperti ini.

“Walaupun lebih sedekad dihabiskan untuk membuat persiapan menghadapi Piala Dunia dan membangunkan bola sepak, namun kita masih gagal,” katanya.

Terdahulu, Korea Selatan memulakan kempen Kumpulan A dengan kemenangan 2-1 ke atas Republik Czech sebelum tewas 1-0 kepada Mexico, seterusnya kecundang kepada Afrika Selatan.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.