Mbappe kejar trofi, bukan rekod jaringan Messi

Kylian Mbappe meraikan jaringan ketiga Perancis ketika menewaskan Sweden 3-0/Foto REUTERS

NEW YORK, 1 Julai – Penyerang Perancis, Kylian Mbappé menegaskan keutamaannya adalah membantu negaranya menjulang trofi FIFA World Cup.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mbappé tekankan tumpuan kepada menjulang trofi Piala Dunia, bukan mengejar rekod jaringan Messi.
  • Beliau kini mengumpul 18 gol dalam 18 penampilan, satu gol di belakang rekod Messi, dan meledak dua gol lawan Sweden.
  • Pengurus Didier Deschamps ingatkan pemain supaya tidak leka, menikmati kemenangan dahulu kemudian kembali memberi tumpuan dalam 48 jam.

Meskipun kini hanya ketinggalan satu gol di belakang rekod jaringan sepanjang kejohanan milik Lionel Messi.

Mbappe, 27, meledak dua gol ketika Perancis menewaskan Sweden 3-0 pada pusingan 32 terbaik.

Rekod itu sekali gus mengumpul 18 gol dalam 18 penampilan di Piala Dunia. Beliau kini hanya satu gol di belakang Messi yang memegang rekod 19 gol, selain berkongsi kedudukan penjaring terbanyak edisi kali ini dengan enam gol.

“Sasaran utama kami adalah mara sejauh mungkin, layak ke final pada 19 Julai dan kembali ke sini.

“Kami mahu menang dan mengambil satu demi satu langkah. Sudah tentu, lebih banyak gol dijaringkan, lebih tinggi kedudukan dalam senarai penjaring, tetapi saya yakin Leo juga akan menambah jaringannya.

“Saya tidak terlalu memikirkan perkara itu. Fokus saya adalah kepada lawan yang bakal dihadapi dan sejauh mana kami menghampiri sasaran untuk beraksi di pentas final,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, pengendali Perancis, Didier Deschamps mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu leka dengan kemenangan tersebut kerana cabaran lebih sukar menanti.

“Kami tidak akan terlalu terbawa-bawa dengan kemenangan ini. Kami akan menikmatinya terlebih dahulu sebelum kembali memberi tumpuan dalam tempoh 48 jam.

“Kami tahu apa yang menanti dalam tempoh empat hari lagi. Selepas meraikan kemenangan ini, kami perlu bersedia untuk mengulangi prestasi sama,” katanya. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.