Kecederaan Ee Wei jejas strategi Nova

Pemain beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei / foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Kecederaan lutut yang dialami pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei memaksa ketua jurulatih, Nova Widianto, menyusun perancangan baharu menjelang Kejohanan Dunia dan Sukan Asia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ee Wei mengalami koyakan separa ligamen krusiat anterior pada lutut kiri.
  • Nova menggandingkan Chen Tang Jie dengan pemain muda Clarissa Tan untuk Terbuka Jepun dan Terbuka China.
  • Kecederaan menyebabkan pasangan terpaksa menarik diri ketika suku akhir Terbuka Singapura; status penyertaan bagi kejohanan utama masih belum pasti.

Menurut Nova, kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) separa pada lutut kiri yang dialami Ee Wei menyebabkan skuad negara perlu mencari alternatif sementara menunggu perkembangan lanjut keadaan pemain berkenaan.

Sehubungan itu, beliau membuat keputusan menggandingkan Chen Tang Jie bersama pemain muda, Clarissa Tan bagi menghadapi Terbuka Jepun dan Terbuka China.

“Buat masa ini, kami masih menunggu perkembangan keadaan Ee Wei sebelum membuat perancangan seterusnya. Bagi Tang Jie dan Clarissa, saya melihat ini sebagai peluang terbaik untuk Clarissa menimba pengalaman beraksi dalam kejohanan bertaraf tinggi.

“Saya memilihnya berdasarkan prestasi cemerlang yang dipamerkan di peringkat junior,” katanya. ketika sesi latihan skuad badminton kebangsaan di di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kelana Jaya.

Nova berkata kecederaan Ee Wei sememangnya menjejaskan persiapan pasukan, namun situasi tersebut bukan sesuatu yang luar biasa dalam dunia badminton dan perlu ditangani secara profesional.

“Gangguan seperti ini memang dijangka memandangkan kita semakin hampir dengan Kejohanan Dunia dan Sukan Asia. Namun dalam badminton, situasi sebegini adalah perkara biasa. Sebagai jurulatih, kita perlu sentiasa bersedia serta mempunyai pelan alternatif,” katanya.

Ee Wei mengalami kecederaan tersebut ketika aksi suku akhir Terbuka Singapura yang menyaksikan beliau dan Tang Jie terpaksa menarik diri ketika sedang mendahului pasangan India, Dhruv Kapila dan Tanisha Crasto.

Buat masa ini, status pemain berusia 25 tahun itu untuk beberapa kejohanan utama termasuk Kejohanan Dunia masih belum dapat dipastikan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.