JDT bina pusat latihan bertaraf dunia di Iskandar Puteri

Majlis pecah tanah disempurnakan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, bersama anakanda baginda, Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Tunku Ismail dan Tunku Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail./Foto JOHOR Southern Tigers

ISKANDAR PUTERI, 19 Mei – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperluas aset dan keupayaan kelab menerusi pembinaan Pusat Latihan JDT baharu di Iskandar Puteri, Johor, yang bakal menjadi antara fasiliti latihan bola sepak paling moden di Asia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyiapan dijangka pada 2028 atau 2029, menaikkan tahap dan memperkukuh ekosistem bola sepak profesional Johor.
  • Tapak 39 ekar berhampiran Stadium Sultan Ibrahim, dilengkapi pusat sains sukan, pemulihan, analisis prestasi dan penginapan pemain.
  • Fasiliti itu akan digunakan semua pasukan JDT, merangkumi skuad junior hingga pasukan senior.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Luis Garcia berkata, pusat latihan yang dijangka siap pada 2028 atau 2029 itu bakal meletakkan JDT ke satu tahap baharu, sekali gus memperkukuh ekosistem bola sepak profesional di negeri tersebut.

Pusat latihan bertaraf antarabangsa berkeluasan 39 ekar itu terletak berhampiran Stadium Sultan Ibrahim dan akan dilengkapi pelbagai fasiliti serta teknologi terkini.

Antaranya, pusat sukan sains, fasiliti pemulihan dan rehabilitasi, pusat analisis prestasi, penginapan pemain, serta ruang pembangunan akar umbi dan skuad akademi.

“Kita perlu berada di di paras terbaik dalam semua aspek, selain memiliki teknologi dan inovasi terbaik. Itulah yang akan kami usahakan.

“Namun, kami tidak boleh terlalu memikirkan apa yang bakal dimiliki dalam tempoh dua setengah tahun akan datang. Fokus kami ketika ini adalah terhadap apa yang kami ada di PSG, yang merupakan antara yang terbaik.

“Dalam tempoh dua setengah tahun nanti, berkemungkinan beberapa perkara perlu diubah kerana akan ada teknologi dan inovasi yang jauh lebih baik,” katanya.

Pusat latihan itu juga akan digunakan oleh semua pasukan JDT, merangkumi skuad junior hingga pasukan senior.

Majlis pecah tanah pusat latihan baharu tersebut disempurnakan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, bersama anakanda baginda, Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Tunku Ismail dan Tunku Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.