
SANTA CLARA, 13 Jun– Qatar bertekad memulakan kempen Piala Dunia FIFA 2026 dengan langkah positif apabila berdepan Switzerland dalam aksi pembukaan Kumpulan B pada Sabtu.
- Qatar mahu tebus kekecewaan selepas prestasi buruk Piala Dunia 2022, tewas ketiga-tiga perlawanan kumpulan.
- Jurulatih Julen Lopetegui anggap Switzerland antara pasukan paling konsisten di Eropah; percaya anak buahnya mampu bersaing.
- Kapten Hassan Al-Haydos kata pasukan fokus pada perlawanan menentang Switzerland tanpa terlalu memikirkan peluang mara.
- Switzerland tamat kelayakan tanpa kalah, hanya bolos dua gol; pertaruhkan pengalaman Xhaka, Akanji dan Ricardo Rodriguez.
Juara Asia itu hadir dengan misi menebus kekecewaan selepas kempen mengecewakan selaku tuan rumah Piala Dunia 2022 apabila tewas dalam ketiga-tiga perlawanan kumpulan.
Ketua jurulatih Qatar, Julen Lopetegui menyifatkan Switzerland sebagai antara pasukan paling konsisten di Eropah, namun percaya anak buahnya mampu memberikan saingan.
“Kami perlu memberi tumpuan kepada kekuatan sendiri dan bersaing dari minit pertama hingga wisel penamat,” katanya.
Kapten Qatar, Hassan Al-Haydos pula berkata, pasukannya kini memberi sepenuh tumpuan kepada perlawanan menentang Switzerland tanpa terlalu memikirkan peluang mara ke pusingan seterusnya.
Sementara itu, Switzerland hadir dengan reputasi cemerlang selepas menamatkan kempen kelayakan tanpa kalah dan hanya melepaskan dua gol.
Kapten Switzerland, Granit Xhaka berkata, pasukannya mahu memanfaatkan peluang beraksi di pentas terbesar bola sepak dunia dan memulakan kempen dengan kemenangan.
Switzerland turut mempertaruhkan pengalaman beberapa tonggak utama termasuk Xhaka, Manuel Akanji dan Ricardo Rodriguez dalam usaha memburu tiga mata pertama. -REUTERS