Ee Wei akui kecederaan ACL perlukan tempoh panjang sebelum kembali beraksi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Jun Pemain beregu campuran negara Toh Ee Wei mengakui kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL) yang dialaminya memerlukan tempoh pemulihan panjang sebelum beliau dapat kembali beraksi di gelanggang badminton.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sudah boleh berjalan normal selepas seminggu tapi masih belum dapat menjalani latihan.
  • Sedang menunggu keputusan MRI dan penilaian doktor mengenai tahap kecederaan.
  • Kecewa kerana menjejaskan perancangan namun menerima keadaan dan fokus pada proses pemulihan.
  • Menghargai sokongan Persatuan Badminton Malaysia dan Institut Sukan Negara sepanjang pemulihan.

Ee Wei berkata meskipun sudah mampu berjalan seperti biasa selepas seminggu mengalami kecederaan itu, namun beliau masih belum boleh menjalani latihan.

Ketika ini, beliau sedang menunggu keputusan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) serta penilaian doktor berhubung tahap kecederaan yang dialaminya.

“Saya sememangnya kecewa dengan kecederaan yang dialami kerana ia menjejaskan perancangan saya. Namun, sebagai atlet, saya faham perkara seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

“Apa yang penting sekarang adalah memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pemulihan dan berusaha sebaik mungkin untuk kembali beraksi,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.

Pada masa sama, Ee Wei merakamkan penghargaan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Institut Sukan Negara (ISN) atas sokongan yang diberikan sepanjang proses pemulihannya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.