Bekas penerjun wanita negara Kimberly Bong peluk Islam

Kimberly Bong Qian Ping mengucap dua kalimah syahadah pada Julai lalu/Foto Instagram @Kimkimberly_

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Bekas penerjun wanita negara, Kimberly Bong Qian Ping, berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dirinya memeluk agama Islam pada Julai lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kimberly Bong umum memeluk Islam.
  • Dia menyifatkan keputusan itu antara detik paling istimewa, berasa bangga dan mengucap Alhamdulillah.
  • Perkongsian mendapat sambutan positif warganet; dia mengakhiri kerjaya terjun pada 2024 selepas hampir 15 tahun.

Menerusi perkongsian di Instagram yang menerima 1,244 perkongsian, Kimberly menyifatkan keputusan itu sebagai antara detik paling istimewa dalam hidupnya.

“Tidak pernah berasa lebih bangga dengan keputusan yang saya buat pada Julai. Benar-benar antara detik yang paling istimewa. Alhamdulillah,” kongsinya.

Perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian warganet yang menyambut baik penghijrahan bekas atlet negara itu.

Kimberly mengakhiri kerjaya dalam sukan terjun pada 2024 selepas hampir 15 tahun mewarnai arena berkenaan.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.